The Takeover of Nanyang Siangpau by MCA and Monopolization of Chinese Press
Study on the Impact in Chinese Community, 2001-2011
Penyelidik: Thock Ker Pong
Tempoh: 01 Jul 2012 - 30 Jun 2013
Akhbar merupakan satu alat yang penting dalam percaturan politik di setiap negara. Oleh itu parti-parti politik didapati cenderung untuk menguasai akbar agar ia digembleng menjadi alat propagandanya. Di Malaysia, akbar Nanyang Siang Pau telah dibeli oleh parti MCA pada 28 Mei 2001. Tindakan MCA itu menimbulkan bantahan hangat dari masyarakat Cina Malaysia. Namun MCA tidak berganjak dari tindakannya dan hal yang demikian menimbulkan pelbagai kesan dan impak kepada komuniti Cina.
Pemilikan akhbar oleh MCA itu kemudiannya telah menyebabkan berlakunya fenomena monopoli akbar Cina yang diusahakan oleh ahli korporat Tiong Hiew King melalui syarikat Kumpulan Media Sin Chew. Dalam hal ini, didapati MCA yang bersusah payah untuk membeli Nanyang Siang Pau telah melepaskan ekuitinya. Maka timbul persoalan mengapakah MCA bertindak tergesa-gesa untuk memiliki sebuah akhbar Cina yang utama dan melepaskan pemilikannya. Manakala monopoli akhbar Cina oleh Tiong Hiew King yang seterusnya membentuk syarikat konglomerat media berbahasa Cina bernama Media Chinese International Ltd. di peringkat antarabangsa didapati menimbulkan banyak permasalahan berbanding dengan manfaat kepada masyarakat Cina Malaysia.
Setakat kini kajian ilmiah yang berkaitan dengan kedua-dua fenomena ini hanya terbatas kepada kajian yang diusahakan oleh Loh Kok Wah (2009). Meskipun terdapat beberapa penerbitan dalam buku, namun isi kandungan penerbitan-penerbitan ini kebanyakan merupakan catatan peribadi tentang perkembangan peristiwa pembelian akhbar Nanyang oleh MCA dan gejala monopoli akhbar Cina. Umpamanya buku Kok Yok Liong (2006 & 2011) menumpukan kupasannya tentang selok-belok pembelian akhbar Nanyang oleh MCA. Manakala buku penyusunan Chou Wen Loong (2007) pula mengumpulkan sejumlah esei dan komentar tulisan para aktivis masyarakat Cina di media alternatif.